Setelah selesai proses kelahiran perkara antara perkara pertama yang dicatit adalah tarikh lahir. Ia akan diingati oleh pemiliknya sehingga akhir hayatnya. Pelbagai nostalgia samada pahit atau manis mesti bermain-main bila saja bercerita mengenai tarikh lahir.
Wujudnya tarikh lahir maka dengan sendiri muncullah sambutan hari lahir (pada asalnya) kadang2 disebut Hari Jadi. Tidak sy ketahui sejarah kewujudan kalimah Hari Jadi sebab mat salleh pun sebut Birthday. Bagi sy Allah menjadikan manusia dan manusia melahirkan manusia. Adakah kita tahu bila Allah menjadikan diri kita?Bila agaknya kita terjadi? Sy Hermi bila Allah jadikan sy? wallahualam. Oleh itu lebih tepat kalau disebut Hari Lahir. Kalaulah nak juga sebut Hari Jadi, tidak menjadi suatu masalah asalkan kita faham hakikat yang sebenar.
27 Januari 1979..lahir baby yg boleh dikatakan comel la juga..hidung tinggi..mata sepek sikit..tapi yang lebih bermakna 2...dah besar handsome la plak...terpaksa kadang2 simpang jambang sikit sebab nak bg kurang handsome sikit...sebab aweks suka ushar...tapi lain plak jadinya macho pulak doh...aduh susah sungguh....hahahhaha. Mesti ada yg menyampah bila dengar ayat mcm 2. Kat opis lama aku dulu ada minah perasan cantik..tak sedar diri langsung..pastu satu unit aku xnak ngaku...malu la kot dok admin ni....lantak dia lah. Muka plak wat poyo je...tapi kalu gelak...puhhhhh..mahu satu opis boleh gegar. 2 yg kadang2 hangin satu badan. Mengada2 tak ingat...ingat baik2 ngan boss boleh kipas la 2..boss sengeh je..belakang..opss!!
Bila menjelma saja tarikh keramat ni (konon)..hehehehe empunyanya tak sabar2 menanti hadiah sempena hari jadinya (senang sikit dah terbiasa kan) tak sekarang ucapan pun dah cukup. Kalau orng buat tak tahu je terasa hati...tambah2 org2 yang disayangi. Terasa mcm org2 tersebut dah tak lg menyayangi kita, tak ambik berat, lupakan kita dan mcm2 lg. Kalu orng pompuan dia punya muncung tak hingat punya...kalu lelaki 2 ok la sikit...cover macho..pada hal dalam hati tuhan yg tahu..terguris. Darling i dah with i pg tadi..."Happy Birthday Sayang", katanya. Ok la 2...balik nanti ada la hadiah 2...anak2 malam semua tidur ngan Uda korng....hahhahaa. 4.30 lambat lg ni...nak balik cepat saja..hahhaa. Baru 3.35 petang.
Bagi yg berduit mcm jenis perkara yg di lakukan dalam menyambut hari special ini. Ada yg sekadar belanja atau dibelanja makan oleh kawan-kawan. Ni aku kompius patut siapa yg belanja mkn ni...birthday boy/girl ke kwn. Aku rasa kwn patut belanja la..ada ka pulak birthday boy/girl ken belanja..ada yg tak setuju..hahhaa...i'm the birthday kan...kena la belanja..dah la tak bg hadiah..hahhahaa. Yang dasat 2 ada yg berparty..disco, pesta dan bermcm2 lg yg seangkatan dengannya. Hebat...lupa dunia. Agama ketepi..hukum..lupakan...semata-mata untuk Hari Jadi setahun sekali. Ikutlah...masing-masing..nak cakap ikut ko la...kubur masing2 pun x boleh juga...sama2 ade bahagian masing2. Pentingnya semua nak Hari Jadinya di sambut dan diingati. Caranya tepuk la apa2 nak tepuk..tanyalah pada yg pandai dalam halnya. Tanyakan cara-cara terbaik menyambut tarikh lahir kita.
Sebenarnya dalam Sambutan Hari Jadi ni...kita lupakan perkara yg paling penting dalam hidup kita di dunia..iaitu hidup kita di akhirat. Tak salah menyambut tarikh hari jadi...tapi lupakan kita bahawa sampainya
tarikh hari lahir kita bermakna bertambah lah jua umur kita...dari 31 dah naik 32 tahun. Ia memberitahu meningkatnya umur kita..kita ni makin tua dan dalam erti kata lain dekatnya kita dengan mati. Betul...mati tak mengira umur...daun muda pun luruh jua...muda pun ade yg pergi mengadap Allah s.w.t....Allah lebih sayangi mereka. Kadang-kadang aku terfikir orng yang menyambut Hari Jadi secara berlebih-lebihan seolah-olah dia sedang menyambut datangnya hari kematiannya. Meraikan datangnya hari2 kematiannya. Kalau dah cukup tapawarenya xpa gak...Bukan niat aku nak sakitkan hati sapa kat sini...cuma untuk renungan bersama...kadang2 kita lalai dan alpa pasai benda2 mcm ni...yg kita ingat lahirnya kita kedunia tapi kita sering lupa bilakah kita pulang mengadapNya..sediakah kita. Dengan putih bersih kita lahir..fikirkan apa corak kita bila pulang nanti..apa colornya...cantikkah..burukkah...............
Semoga dari putih bersih..dpt kita corekkan satu corak dan warna yg paling indah dan menjadikan kepulangan kita bertemuNya adalah sesuatu yg indah. Sempena Hari Lahir sy hari ni 27 Januari...kepada my darling Nur Baidura..terima kasih kerana selama ini sudi menyusuri hidup bersama abg..pahit maung kita harungi..suka duka..tenggelam timbul dan mcm2 dugaan. Terima kasih kerana sudi menjadi ibu kepada 2 org cahaya mata yg comel2..thanks for the ucapan pg tadi..balik nanti cerita lain..hahhahaa..kedua ayahanda dan bonda..terima kasih kerana jagamu yg tak ternilai..family2 semua..adik2 dan kwn2 yg menyokong aku...walaupun takde sorng pun ucap Happy Birthday lg kat aku...mcm 2 la kwn2..baru berapa hari aku pindah opis baru...sedih betul ngan korng...hahahhahahaa...xde hal lah...ini untuk renungan je k..jgn terasa hati...wallahualam.
PESANAN PADA SEMUA...TUA2 ESOK JANGAN JADI MACAM NI....RUMAH KATA PIRAHHHHH...KUBUR KATA WELCOME LADIES DAN GENTLEMENT...HEHEHEHHE
*HARU BIRU MCM NI....MALU KAT CUCU
bro... wa bukan lupa hari jadi, wa sibuk sikit ada plak meeting rumah sukan.. line x clear nak online.. tapi bro u tetap di hati wa.. wa ingat hari jadi bro.. cuma wa tak kesampaian masa.. jangan sedih wa ada hadiah untuk bro.. kecik sgt hadiah ni.. bila bro nak datang ni? anyway SELAMAT HARI LAHIR yg ke 32 tahun.. Semoga sihat selalu..
BalasPadamxdak org undang nanti i dtg la..rindu u all tau..bila kelab wat jamuan wa dtg la...hehhehe
BalasPadam