
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
AHAD, 31 Oktober 2010: Pertandingan Badminton Berpasukan Kelab BPAS, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan di Gelanggang Badminton Persatuan Fui Chiu, Kotaraya, Kuala Lumpur. Acara ini adalah salah satu acara dalam Pertandingan Sukan Tahunan Kelab BPAS yang melibatkan acara indoor dan outdoor. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Biro Sukan Kelab BPAS En. Ubaidillah dan pelaksana sukan tahunan iaitu En. Norazman bin Nordin seterusnya kesemua penyelaras-penyelaras setiap acara sukan yang bertungkus lumus menjayakan sukan tahunan ini. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.
Saya selaku penyelaras acara Badminton Berpasukan terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih diatas penglibatan semua warga BPAS dalam menjayakan acara ini. Walaupun kita menghadapi masalah kekurangan bajet tetapi acara ini tetap dijalankan dengan jayanya. Masalah penyertaan adalah perkara biasa bagi kelab kecil seperti kita ini untuk acara-acara outdoor seperti ini, terutama dari kalangan wanita. Dengan ini pasti ada acara-acara yang diberi kemenangan kepada pihak lawan.
Disini saya ingin melaporkan keputusan pertandingan Badminton Berpasukan Kelab BPAS 2010. Tempat keempat adalah pasukan BIRU dengan seri sekali dan kalah 2 kali (1 Mata). Pelikkan badminton ada seri, itu yang uniknya. Tempat ke-3 pasukan KUNING dengan menang sekali, seri sekali (dengan BIRU) dan kalah sekali (3 Mata). Pasukan HIJAU dan MERAH seri dari pungutan mata iaitu 4 mata, mengikut syarat perlawanan yang dipersetujui oleh kesemua ketua pasukan, JUARA akan ditentukan tertakluk kepada pemenang diantara kedua-dua pasukan pada peringkat kumpulan (liga). Pasukan HIJAU tewas tipis ditangan pasukan MERAH, ini bermakna MERAH juara dan HIJAU ke-2.
Sebelum akhirnya, selaku penyelaras dan mewakili pihak Biro Sukan ingin memohon maaf kerana perlawanan berlanjutan hingga ke pukul 4.00 petang sedang pada asalnya dijangka tamat pada pukul 2.00 petang. Saya terpaksa mengikut syarat-syarat perlawanan yang telah dipersetujui bersama, memang semua syarat-syarat tersebut boleh diubah, tetapi semua pindaan kepada syarat perlawanan hendaklah dipersetujui sebulat suara oleh semua ketua pasukan. Saya hanya menjalankan amanah yang di serahkan kepada saya. Oleh itu tidak salah saya meminta maaf kepada Pn. Noor Haslin dan suami tercinta En. Hamdan kerana permasaalahan yang timbul.
Harapan agar program seperti ini dapat di adakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti Kelab BPAS, selain dapat mengeratkan silaturahim antara kita dan juga sebagai acara riadah yang bermanafaat. Selain itu penyertaan dari kaum wanita harap dapat di tingkatkan untuk acara outdoor dimasa mendatang. Pengecualian kepada mereka-mereka yang sakit dan wanita yang mengandung.
Ucapan terima kasih kepada Presiden Kelab BPAS, Tn. Haji Idris bin Yahaya yang juga akan bersara selepas Hari Raya Aidiladha nanti, Bendahari yang menyediakan dana, Biro-biro, penyelaras sukan dan semua ahli-ahli Kelab BPAS. Tidak lupa kepada En. Lim Wing Choong kerana menyokong hingga ke pukul 4.30 petang dan selepas itu ingin belanja saya Jani bersama isterinya makan di McDonald (McD). Saya menolak untuk pulang awal (ada janji bersama keluarga yang sudah terlewat...hehehe tidur luar la aku malam ni). Jani dan isteri tak melepaskan peluang hebat ini (JAHANAM) hehehe.....akhir kata..CHOW..
SOKONGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI
* Kalau ada salah ejaan minta maaf ye...sakit badan ni...heheheheh..BYE.
** Pertandingan BOWLING akan menyusul...tarikh dan tempat akan diberitahu kelak.

