Pagi Ahad ni baru nak teringat nak pasang bendera Malaysia kat kereta aku...bendera Malaysia tau...nanti bendera lain plak naik...hehehee
Bila lagi nak pasang.....jom la ramai...kasi meriah sikit...walaupun letih bulan puasa ni....aku tengok sekarang banyak teksi-teksi yang pasang...diaorang ni semangat ni sambut merdeka....tapi bagi kita yang tak pasang ni...tak petriotik la kot...lepas ni mesti ada yang kata...elehh..tak pasang bendera bukannya tak sayang negara ni...pernah tahun lepas aku pasang mcm ni...siap kena kutuk...kat jalan raya kena..apa 2 org ckp..ada orang 2 siap buat muka kat aku....perli la 2....ade kata "petriotik sgt la 2"....ape2 hal...aku kisah apa ngan orang..bukan aku buat salah...rogol org ka...buang bayi ka....hahahhaa...2 je sumbangan yang aku mampu nak beri....buat sekatak...opsss...setakat ni...mungkin tahun mendatang mana tahu....ni cerita tahun lepas gak...tempat aku keja tu pakai guard nepal dan bangladesh....hari tu aku baru pasang bendera...aku nak balik..jumpa dia terus dia berdiri tegak mcm askar tu...siap tabik beb....selalu biasa ja...angkat tangan..kalu tabik pun..lentok je...terkejut aku...esok aku tanya dia...dia kata bagussss...you must love your country....semua 2 untuk bendera malaysia..katanya...sebab ni kan bulan merdeka malaysia....sebak aku dengar..bila mengenangkan ada rakyat kita sendiri yang kadang-kadang lupa asal-usul, lupa sejarah....aku pun terasa sebab spm aku sejarah 9...hahahha...aku sokong kerajaan nak menjadikan sejarah menjadi matapelajaran sejak sekolah rendah lagi dan wajib lulus dalam SPM...balik pada kibar bendera ni aku tengok bangunan2 kat kuala lumpur ni pun makin kurang nak buat kerja2 kibar bendera ni....kepada kita rakyat biasa ni...apa salah kibar la kat umah, kalau sayang kereta yang mahal tu....macam aku xpe...WIRATUA la katakan... so tepuk dada mcm gorila..hahhaa....pikir-pikirkan je la...
Ni aku copy dari http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•Keluhuran Perlembagaan
•Kedaulatan Undang-Undang
•Kesopanan dan Kesusilaan
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-53

Tiada ulasan:
Catat Ulasan