Ni aku nak syer ngan kekawan untuk persediaan untuk pulang ke kampung sempana Hari Raya Aidilftri ni.
TIP PEMANDUAN
SEMUA pemandu kenderaan mahukan perjalanan yang selesa, selamat dan cepat. Namun, kerosakan ketika dalam perjalanan memang tidak dapat dielakkan.Bagaimanapun, pemeriksaan yang sempurna dan berkala boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan di jalan raya.
Periksa kenderaan secara berkala bagi memastikan jentera berada dalam keadaan terbaik. Sebaiknya ikutilah jadual penyelenggaraan yang disarankan pengeluar seperti tempoh penukaran minyak enjin, brek, cecair stereng kuasa dan bendalir transmisi automatik. Juga diingatkan supaya memeriksa tahap air radiator setiap masa.
Melakukan penalaan (engine tuning) terhadap enjin kereta bagi penggunaan bahan api lebih konsisten.Periksa semua tali sawat (TIMING BELT) sama ada terdapat rekahan dan ganti sekiranya perlu.
Periksa tekanan angin tayar termasuk tayar gantian. Tekanan angin tayar yang betul boleh menjimatkan penggunaan bahan api.
Sensitif dengan sebarang bau pelik daripada enjin seperti hangit atau petrol.
Pastikan kenderaan dihantar ke pusat servis bertauliah supaya sebarang masalah mendatang boleh dirujuk kepada proses penyelenggaraan terdahulu.
Pandu menggunakan gear tertinggi apabila melalui lebuh raya kerana paling rendah kedudukan gear bermakna penggunaan bahan api semakin tinggi.
Jangan memecut atau memberhentikan kenderaan secara terburu-buru kerana boleh menyebabkan enjin terpaksa menggunakan bahan api lebih banyak.
Berkongsi kereta.
Jangan membuka tingkap terlalu luas ketika memandu dengan kelajuan tinggi kerana akan menyebabkan penggunaan bahan api lebih cepat.
Jangan menghidupkan enjin sekiranya berhenti dalam tempoh masa lama.
Rancang perjalanan dan elakkan memandu ketika waktu puncak.
Langkah memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik
Lakukan pemeriksaan berkala berdasarkan cara pemanduan sesebuah kenderaan. Cara pemanduan yang dianggap terlalu keras dan memerlukan penyelenggaraan lebih kerap boleh diibaratkan seperti:
Memandu kurang daripada 10 kilometer sehari.
Memandu menggunakan gear rendah
Memandu dalam keadaan jalan raya berhabuk.
Memandu di kawasan berbukit.
Menunda kenderaan lain.
Memandu dalam kesesakan teruk di mana suhu persekitaran melebihi 32 darjah selsius.
Kenderaan polis atau teksi.
Cara pemanduan biasa pula boleh digambarkan seperti memandu seperti biasa setiap hari dengan cara pemanduan yang tenang.Pemanduan biasa tidak memerlukan penyelenggaraan secara kerap dan boleh dilakukan mengikut carta yang dikeluarkan pengeluar.
Servis dan penjagaan kenderaan
Pastikan tiada kerosakan berlaku ketika atau selepas melakukan penyelenggaraan.
Sentiasa rujuk buku panduan yang disediakan pengeluar sebelum melakukan servis.
Pastikan beberapa komponen diperiksa ketika melakukan penyelenggaraan antaranya:
Minyak Enjin / Engine Oil
Cecair penyejuk radiator / radiator coolentCecair brek / Brake liquid
Cecair transmisi / Transmission fluid
Cecair stereng kuasa / Power Steering Fluid
Bendalir cermin hadapan / Wiper fluid
Pengelap cermin / Wiper
Penapis udara / air filter
Penapis minyak (kenderaan diesel) / Oil filter
Palam Pencucuh / Spark plug
Tali sawat enjin / Timing belt
Pedal brek / Brake paddle
Rim dan tayar / tyres and rims
Pelapik brek / Brake cover
Penjajaran tayar / alignment
Penapis penyaman udara / aircond air filter
Fius / fuse
Lampu / lamp
Banyak kena baca ni......sekali sekala apa salahnya....nanti tersadai tepi jalan lagi haru...budak2 lagi...doakan semoga selamat sampai dan kembali...rehat ...tidur kena cukup...makan..hahahha...pikir sendiri la....kalu musafir 2 ok la......buat keputusan yang tepat......yang penting kena ade persediaan yang cukup...fizikal dan mental....malam ke siang ke....ikut masing2 la.....aku selesa gerak malam dalam pukul 11.00pm ke atas....sampai ngam2 boleh sahur....kalu tak jem la.....siang panas...kesian budak2....aku ngantuk....hahaha...ikut keselesaan tuan puan.....hahahha....Selamat Berpuasa...puasa dulu baru raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan