Genap dah 2 Tahun ye...Happy Birthday.

Happy Birthday to u...Afif..

Ahmad Afif Naufal bin Hermi Samysul
           11 Febuari 2011, genap dah umur Afif 2 tahun..sekejab je masa berlalu..aku pun dah bertambah 2 tahun umur..dah 32 tahun..muda lg 2..di lahirkan awal dr tarikh jangkaannye..jangka pada 22 Feb..oleh kerana tak sabar nak melihat dunia penuh dugaan dan ranjau ni..lahir la awal...kelahirannya juga agak senang..alhamdulillah. Masa 2 aku tggal kat Bandar Sri Permaisuri..tak jauh dari HUKM skrang dah dah jadi PPUKM..masuk wad selepas waktu maghrib..sama mcm kakak nye dulu..turun darah tanpa rasa apa2 sakit..sengih2 je darling aku masuk wad..lepak wad jab..pukul 12 lebih nurse dah tolak masuk labor room..aku pun joint sekali masuk..kena daftar. Aku berdiri sebelah dia..sakit sikit katanya..boleh wat lawak lg..tersenyum dia..pastu makin kerap..doktor perempuan 2 kata maybe pukul 3@ 4pg..alamak lama lg ni..doktor 2 blah..ada srng budak practikal dok jaga darling aku..lepas je 30 minit my darling ckp baby dah nak keluar..gelabah budak practikal 2..hehhehe..orng baru la katakan..dia call Dr. 2..Dr kata kat awk biar betul..awal lg ni..Dr tadi check..terkejuk dan tanye budak tadi..dah buka kit bersalin ke..budak 2 kata..belum..lg gelabah budak 2..Dr. kata jgn gelabah..hehehhe..siap ckp kat darling aku tahan jap..boleh plak tahan2..takde masanya darling aku kasi teran..hehhehe..ngam2 Dr. 2 tengok..sekali jalan..belum..kedua kali cubaan..hehehe..lahir baby lelaki..Syukur dalam 30 minit selesai semuanya...alhamdulillah. Tak sakit lama..tersenyum aku ngan darling lihat baby boy ni..dia kata bang, dah ade sepasang..hahhahaa..selesai semuk proses mencuci bayi..aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorng bapa dan seorng yg beragama islam..azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya..


Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.


Hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).


           Esoknya tengahari dah boleh keluar..pagi lusa 2 aku g daftar nama baby ni..darling aku nak sangat nama Naufal 2..aku punya idea..sambung sikit kat depan..Ahmad Afif Naufal bin Hermi Samysul..


           Cahaya mata satu anugerah dan juga tanggungjawab Allah s.w.t kepada hambanya..bayi yang dilahir diumpamakan selembar kain putih yg suci bersih..tugas kita sebagai hambanya adalah bagaimana kita nak mencorakkan kain putih tadi..agak2 apa color, apa motifnya, apa temanya dan apa tujuannya. Adalah kita dpt mencorakkan satu lukisan yg cantik..Moga2 dpt kita mempersembahkan suatu persembahan yang paling istimewa di hadapan Allah s.w.t nanti...Wallahulam.


           "Sayang..abang bukan seorang insan yang paling sempurna untuk menjadi suami yang paling baik..abang berjanji abg akan berusaha menjadi suami yg sempurna..sama2 kita berusaha..sesungguhnya usaha untuk menjadi kepada yg lebih adalah paling mulia..untuk intan payung tersayang 2 org ni..maafkan papa jika ada yg kurang sempurna dalam kehidupan kalian..sesunggguhnya sentiasa mencuba menjadi papa yg terbaik..dan hehehe...garang...hhahhaaaha..aummmmm..."

Masa kat HUKM
Afif dah meniarap
Nisa..nak sama tak ngan Afif..
Afif n Nisa..


 
     Family Tercinta..Bahagia Selamanya...
Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).
Dengan Mu Aku Hidup - Opick.

Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbi

3 ulasan:

  1. Selamat Hari JAdi Afif NAufal.. semoga jadi anak yang berguna dan menjadi insan Allah yg bertaqwa...

    BalasPadam
  2. insyaallah..harapan kita kpd anak2 kita..juga harapan ibu bapa kita...dah ke memenuhinya??..insyaallah..

    BalasPadam