WiraTua ambik halfday nak g ambik ubat dulu kat PPUKM...pukul 1.00 ambik orang umah kat IMR (opis dia la). Dari sana ke PPUKM, separuh jalan malas la nak ambik ubat, terus pickup Afif kat umah pengasuh, di Cheras lepas 2 gerak balik ke HKL pickup adik kerja kat sana singgah balik kat IMR, Nisa ada lagi kat sana. Solat Zohor dulu....Qasar dan jamak taqdim...Azar dalam Zohor, kemudian ambik Nisa kat Nursary IMR.
Ni yang jadi cerita...mulanya mengikut rancangan awal bertolak pulang ke Kedah adalah pada pukul 10.00 mlm, selepas buka puasa...mandi2 dulu..pastu gerak. Selepas solat zohor baru pukul 3.00 ptg, setelah berbincang aku mengambil keputusan untuk gerak awal sikit.
Pukul 4.00 ptg dari IMR, hajatnya nak mandi di Hentian R&R Tapah. Pukul 4.30 ptg aku dah Plaza Tol Duta, keadaan jalan dengan kereta banyak tapi bergerak lancar, boleh la bergerak pada kelajuan 120km/jam...maintain. Keadaan cuaca cerah dan panas sikit...atas sebab2 tu la aku suka balik malam, sejuk sikit..kesian kat budak2 panas ni..
Dah redup sikit pukul 6.00 ptg..dah sampai di susur keluar bidor tak salah aku..lepas je susur keluar 2...pengalaman yang tak pernah aku lalui sebelum ni..adik aku bagitau yang temperature kereta naik mendadak...dalam kelajuan 120km/jam, signel ke kiri, berhenti di kawasan rumput luar sikit dari laluan kecemasan, matikan enjin buka bonet, pehhh air memancut..paip air bocor..hari tu dah tukar yang depan punya ni yang belakang plak....
Tak sampai 3 minit ade je lori tow in sampai lorong sebelah..sanggup lintas jalan datang..ni semua cekik darah ni..tiba2 plak ade tow in PLUS sampai u-turn kat depan..sampai kat aku..aku sambar tow in PLUS..free lo..tapi sampai plaza tol terdekat je la..TOL TAPAH..brother PLUS u cakap kat situ ade kedai pomen..tow in dan aku satu family dalam kereta..kelakar pun ade..hehehehe
Dalam pukul 7.15 ptg baru settle...kena RM90..aduhhhh..kena ketuk la..nak buat macam mana..kita emergency..gerak, naik terowong, lepas sungai perak, dah pukul 8.00 mlm, berhenti di R&R Gunung Semanggul, perut lapar, mkn malam (buka puasa atas kereta dengan kueh teow anak aku...hahaha..nursery stail..tawar je..).
Settle, perut dah kenyang..gerak la, jauh lagi ni..Bukit Kayu Hitam tu..masuk kereta..start kereta, alamak tak boleh start la plak....aduhhhh..bateri baru lagi ni..aku suspen ni mesti starter wat hal la ni..nak tolak auto plak...call PLUS ronda..sampai pukul 10.00 mlm..dia pun comfirm starter kondem..ketuk2 pun xleh..tension aku..call pomen nak rm280..tow in belum kira..kopak mcm ni..adik aku call dari sungai dua..dia suruh tggu dia mai bawak pomen..bakal adik ipar dia..pomen 2 dari kulim..
Tggu punya tggu, pukul 1.30 baru sampai..dia check..bang!!..wayar starter tercabut ni..menyumpah aku...wayar je ke tggu sampai pukul 2.00 ni...2.30 pg gerak terus non stop sampai umah pukul 4.00 pg..amik ko dari Gunung Semanggul ke Bukit Kayu Hitam 1 jam setengah..hahahaha...allahamdulillah selamat sampai.
Tak pernah dalam sejarah balik kedah dari K.L..sampai 12 jam..gila..ni semua pengalaman.
Isnin, 13 September 2010...Gerak K.L..
WiraTua gerak dari Kedah pukul 10.00 mlm, harap2 jgn la berulang, hahaha..risau aku. Stop Sungai Dua jumpa adik aku jap, pukul 12.00 mlm dari sana stop kat Shell R&R Tapah..lepak jap..pastu terus gerak...sampai Semenyih pukul 4.00 pg...120km/jam maintain..kereta banyak..nasib baik tak jem..sampai tol Duta lengang je..kereta aku je ade...Syukur selamat pergi dan balik..
Pengalaman ni gerak raya tahun ni tension sikit..tapi amat berguna..tambah2 kalau gerak malam..check keta betul2 kalu nak travel jauh2 ni..kepada kereta2 yang berstatus gatai tangan ni..hehehe..lagi la kena check betul2...selalu tengok org breakdown kat highway..kesian tengok..bila dah kena..haha..baru tahu....
Rabu, 15 September 2010...Kerja2
Hari ni dah masuk kerja..ramai yang bercuti lagi..kat admin ada aku..abg azli dan si Kolin...aku kena bawak Nisa, Taska tak buka lagi..macam2 plak Taska ni..dia plak tentukan cuti kita sampai bila..kalau pengasuh kat umah orang boleh la..kata Taska PERMATA NEGARA...haiiii...haru sungguh..jom kerja2...satu lagi..sesiapa yang buat openhausessss tu info2 la...hehehehhe...
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2010
MAAF ZAHIR BATIN
BIJAKSANA DI JALAN RAYA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan